He [Allah] grants wisdom to whom He pleases; and he to whom wisdom is granted indeed receives a benefit overflowing. But none will grasp the Message except men of understanding. 2:269

   

<< February 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


 
Monday, March 19, 2007
Dialog Adalah Tuntutan Agama

Oleh: Sheikh Salman al-Awdah

Artikel Asal: Dialogue is a Religious Obligation
url: http://www.islamtoday.com/showme_weekly_2005.cfm?cat_id=30&sub_cat_id=872


Sheikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di pernah dengan kerap mengadakan kelas berkenaan dengan Undang-undang Islam. Di dalam sebahagian kelasnya, beliau akan membahagikan kelas kepada dua bahagian dan mengarahkan satu bahagian untuk memberi pandangan ilmiah tentang satu perkara berkenaan undang-undang Islam. Kemudian beliau mengarahkan sebahagian yang lain untuk membantah pandangan tersebut dengan pandangan yg ilmiah juga. Kemudian, beliau akan menyatukan kedua-dua kumpulan tadi dan menyuruh mereka berbincang tentang perkara tersebut. Dengan cara ini, beliau telah melatih para pelajarnya bagaimana untuk terlibat di dalam perbincangan secara objektif dan bagaimana untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain. Beliau hendak memberikan para pelajarnya alat untuk dialog yang membina. Beliau menulis sebuah buku merakamkan pengalaman-pengalaman ini bertajuk Debat di dalam Perundangan Islam.


Hari ini, terdapat keperluan yang mendesak untuk mengajar manusia berkenaan dengan etika dan adab di dalam perdebatan. Perkara pertama dan paling penting, adab-adab tersebut adalah gambaran kepada nilai-nilai seseorang itu. Kemudian, ia adalah penyerlahan sikap hormat seseorang itu kepada orang lain. Penglibatan seseorang dengan dirinya sendiri adalah sangat penting. Dia mesti berupaya untuk melihat kepada dirinya secara kritikal, menilai pandangan-pandangannya sendiri, dan berusaha untuk menghalang dirinya daripada mengikut hawa nafsu.

Allah berfirman: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. [Surah al-Nazi’at: 40-41]

Allah berfirman: Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" [Surah al-Qiyamah: 2]

Seseorang yang mengenali diri dan mampu untuk mengarah dan mengekangnya, ini adalah seorang yang berkemampuan untuk melakukan penilaian terhadap diri sendiri dan mencapai kemajuan diri.
Ini adalah ciri-ciri seorang yang beriman dan mendapat petunjuk.

Oleh itu, tahap yang paling tinggi dan sangat penting di dalam sesuatu dialog adalah dialog yang melibatkan seseorang itu dengan dirinya sendiri. Saya percaya bahawa kebanyakan manusia tidak mempunyai kemampuan untuk terlibat di dalam dialog dalaman seperti itu. Mereka tidak menyedari bahawa ia adalah tahap yang sangat penting di dalam setiap dialog.
Manusia mesti belajar bagaimana untuk berkata-kata dan terlibat di dalam perbincangan. Tidak ada kelebihannya untuk kita kekal dalam keadaan senyap, seolah-olah kita sedang tidur di dalam kubur-kubur kita. Di sana perlu adanya dialog dengan nada yang bersopan antara semua manusia – antara golongan kanak-kanak dan dewasa, para suami dan isteri, dan pelbagai lapisan masyarakat – di dalam semua perkara, tidak kira kecil atau besar.

Perbincangan terbuka adalah perlu dan elemen yang sangat penting di dalam masyarakat masa kini. Masyarakat perlukan kepada penelitian dan penyelesaian masalah-masalah di meja rundingan. Di sana terdapat keperluan untuk dialog akademik terbuka di mana isu-isu boleh dibincangkan dalam keadaan yang objektif dan bijak melangkaui kepentingan-kepentingan remeh individu. Di sana juga terdapat keperluan untuk dialog politik secara terbuka dan aman.

Melalui dialog, sekurang-kurangnya keputusan yang hampir dengan terbaik boleh dicapai. Dialog adalah kaedah perhubungan dunia hari ini dan dapat dilihat di dalam media-media dan politik-politik global. Kita menemui dialog-dialog merentasi budaya dan dialog antara peradaban.
Terdapat dialog-dialog berlaku antara kumpulan-kumpulan berdasarkan ideologi dan agama-agama. Persidangan2 dan Simposium2 telah diatur semata-mata untuk tujuan ini, dengan para peserta datang untuk membincangkan titik-titik persetujuan dan perbezaan. Dengan cara ini mereka menemui ruang umum di mana mereka boleh gunakan sebagai asas untuk bekerjasama.

Di dalam dunia masyarakat Islam, kita menghadapi banyak halangan untuk merealisasikan dialog yang efektif. Pertamanya kita menghadapi masalah untuk mendengar. Ini adalah kes terutamanya kepada kita orang-orang Arab, yang cenderung untuk bercakap daripada mendengar. Seorang daripada kita akan berucap dan seorang yang lain tidak akan mendengar satu perkataan pun, kerana dia terlalu sibuk menunggu masa untuk dia pula berucap. Kemudian kita mempunyai masalah yang serius memahami satu sama lain. Oleh kerana ini, salah seorang penyair kita menulis:

Saya kata “Amr”, jadi dia mendengar “Sa’d”
Kemudian dia menulis “Hamad” dan membacanya sebagai “Zayd”!


Kemudian kita menghadapai masalah di dalam melaporkan maklumat dan di dalam memetik kata-kata orang lain, walaupun Allah telah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Surah al-Hujurat: 6]

Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah seseorang itu dianggap penipu apabila dia menyampaikan apa sahaja yang dia dengar.

Kemudian terdapat masalah yang bersifat etika – seperti fitnah, memutar belit fakta secara sengaja, pemalsuan, dan penipuan. Sesiapa yang berhasrat untuk mengadakan dialog – samada ia melibatkan kepentingan politik atau apa sahaja – menghadapi masalah rumit untuk menguruskan proses dialog tersebut. Terdapat juga kesukaran yang berkaitan dengan prosedur dan masalah yang berkaitan dengan keobjektivitian, sungguhpun orang yang terlibat adalah orang2 Muslim yang jujur dan mereka yang mempunyai integriti, dan sungguhpun apabila mereka di pihak yang benar. Sekiranya kita hendak memberikan pendapat yang benar perhatian yang wajar, kita perlu diajar cara untuk menyampaikannya dengan cara yang betul. Ini memerlukan pembangunan seseorang yang berakal, petah, dan memiliki kemahiran-kemahiran penyampaian yang matang dan mahir. Saya tidak dapat menyangkal betapa pentingnya dialog. Oleh kerana itu, kita perlu menyediakan tenaga-tenaga yang mampu untuk terlibat di dalam dialog. Tenaga-tenaga tersebut akan mempunyai pengetahuan yang diperlukan dan kesedaran etika untuk menjadi efektif.

Penerimaan idea dialog adalah mengakui kewujudan dan sahnya dari segi undang-undang tentang kepelbagaian pendapat. Ia juga bermaksud mengakui bahawa terdapatnya perselisihan. Ia bukanlah pengakuan bahawa semua pandangan-pandangan yang dikeluarkan adalah betul, hanya sahaja ia berhak untuk dilihat dan dibincangkan.

Ramai manusia tidak memahami perkara ini, terutamanya bila ia berkaitan dengan dialog antara agama. Mereka melihat dialog antara agama hanya sebagai cubaan untuk membawa pelbagai sistem kepercayaan berkumpul dengan wakil dari pelbagai agama mengorbankan beberapa aspek di dalam agama mereka dengan tujuan untuk menyatukan agama-agama tersebut pada satu kesefahaman pertengahan. Sebaliknya, dialog antara agama yang sebenar adalah mencari titik keluar umum, supaya manusia dari agama yang berbeza boleh bekerjasama di dalam bidang di mana mereka mempunyai kepentingan bersama. Sebagai contohnya mereka boleh bekerjasama di dalam memerangi rasuah dan mempertahankan hak-hak asasi manusia.

Kita tidak boleh mempunyai keraguan bahawa Islam menggalakkan kerjasama dari segi ini, yang memperluaskan nilai-nilai Islam dan kebajikan masyarakat Muslim. Rasulullah SAW telah bersabda tentang jenis perjanjian-perjanjian rasmi dan persetujuan-persetujuan yang berlaku kepada orang Arab sebelum Islam di mana mereka akan bekerjasama antara satu sama lain di dalam kepentingan-kepentingan bersama. Baginda kemudian bersabda: “Jika aku diajak untuk melakukan perkara yang sama semasa Islam, aku akan melakukannya.”

Dialog global ini adalah cara dunia berkomunikasi dan cara kita sebagai masyarakat Muslim mesti berkomunikasi dengan dunia. Ia adalah jalan untuk kita menunjukkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip agama kita kepada dunia.

Ada di antara mereka yang menolak prinsip dialog merujuk kepada beberapa ‘Ulama terdahulu dimana mereka melarang berbantahan dengan orang-orang yang berada di dalam kesesatan. Saya berpendapat bahawa ini adalah pendekatan beberapa ‘Ulama dan ia bersesuaian dengan zaman dan untuk keadaan-keadaan tertentu yang mereka terlibat di dalamnya. Mereka berpandangan bahawa kebenaran adalah jelas, kukuh, dan dapat dipastikan dengan mudah oleh semua manusia, sedangkan dalam masa yang sama terdapat beberapa dakwaan yang pelik dan jelas salahnya berlegar di dalam masyarakat. Mereka memutuskan bahawa sekiranya idea pelik tersebut dibalahkan, ia akan membawa kepada perhatian yang tidak diperlukan kepadanya.

Apa yang paling penting adalah adalah Quran dan Sunnah menyeru kepada kepentingan dialog. Allah memberitahu kita berkaitan Yahudi dan Kristian: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
[Surah al-Nahl: 125]

terjemahan oleh: Perswis


Posted at 11:47 am by perswis
Make a comment  

 
Wednesday, September 06, 2006
Itulah Apa Yang Semua Orang Fikir!
Sheikh Salman al-Oadah

Artikel asal: That is What Everyone Thinks!

 

Saya telah memerhatikan bahawa kerapkali apabila seseorang itu telah berpuashati dengan pendapatnya sendiri dan meyakini bahawa pandangannya adalah benar, dia menyatakannya kepada orang lain seolah-olah pendapatnya itu adalah pandangan awam dan bukannya semata-mata pandangan peribadinya. Sikap ini adalah sikap yang salah.

Pertama sekali, bukan semua perkara yang dipersetujui oleh kebanyakan orang pada satu-satu masa dan tempat itu semestinya betul. Bahkan ada kebenaran tentang sesuatu itu jauh dari jangkauan kebanyakan orang dan sesiapa yang mendedahkannya dianggap oleh awam sebagai degil atau gila.

Kebanyakan orang tidak mempunyai kemampuan untuk menganalisa sesuatu perkara secara kritikal dan mengkaji sedalamnya sampai kepada tahap mereka boleh membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Kerapkalinya, kesimpulan mereka adalah berdasarkan kepada emosi-emosi, kepercayaan-kepercayaan, atau mungkin tanggapan-tanggapan yang mereka sendiri tidak pasti kebenarannya. Di dalam banyak kes, kebanyakan orang mengikuti pandangan orang ternama secara membuta tuli dan memandang pendapat itu sama pentingnya dengan orang yang mengeluarkan pendapat sehingga takut walaupun untuk berfikir untuk mengkritiknya.

Oleh itu, majoriti pandangan/ pendapat tidak berdasarkan kriteria ilmu. Ia tidak menunjukkan kebenaran atau kesalahan sesuatu pendapat.

Bagi sesiapa yang mengemukakan pendangan-pandangan peribadi mereka seolah-olah ia adalah pandangan majoriti melakukan satu lagi kesalahan serius apabila mereka mengaitkan orang lain dengan pendapat yang mereka tidak pegang. Adalah salah untuk seseorang berperanan seolah-olah dia adalah jurucakap bagi orang lain dan menganggap mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak mereka.

Cara yang boleh dilakukan untuk memastikan pendapat awam bagi sesebuah sektor dalam masyarakat atau lainnya adalah melalui kaedah-kaedah seperti peti undi. Sekiranya kaedah-kaedah ini dilaksanakan dengan sesuai dan dengan ketelusan, ia boleh memberi petanda yang tepat terhadap pendapat awam. Pemilihan Majlis Perbandaran di Arab Saudi sebagai contoh, memberhentikan semua spekulasi-spekulasi dan pertengkaran-pertengkaran di antara ahli masyarakat tentang apa yang sebenarnya dikehendaki oleh orang ramai. Kita tidak perlu 'membaca' makna keputusan pemilihan-pemilihan tersebut lebih dari apa yang telah putus, namun ia memberikan beberapa bukti yang tiada siapa boleh abaikan.

Cara lain untuk mendapatkan pandangan orang ramai adalah melalui pengundian-pengundian dan tinjauan-tinjauan yang focus terhadap isu-isu spesifik. Ia boleh memberikan maklumat yang tepat asalkan ia dipersembahkan dengan sesuai dan mendapat tindakbalas yang baik dari masyarakat yang dinilai.

Selain dari kaedah-kaedah tersebut, kita tidak boleh menjadi suara yang paling lantang atau yang paling riuh mewakili pendapat orang ramai. Perkara yang sama boleh dikatakan untuk media-media berita, yang tak semestinya mewakili pendapat orang ramai, terutamanya bila media hanya bercakap bagi pihak orang-orang yang di belakang mereka. Apabila forum ditubuhkan untuk membenarkan orang menyuarakan pendapat-pendapat, situasi akan lebih dekat kepada perhatian umum, walaupun pengalaman menunjukkan kepada kita bahawa media masih mempunyai pengaruh yang tinggi. Pengarah-pengarah urusan  yang licik tahu bagaimana untuk memberikan margin-margin tertentu kepada pendapat-pendapat yang bertentangan dari penyertaan-penyertaan awam, namun mereka juga tahu batas-batasnya agar agensi media terus mendapat keputusan yang berat sebelah kepada pendapat mereka sendiri.

Media-media hebahan, surat-surat khabar dan laman-laman Internet menyuarakan pandangan-pandangan mereka yang memiliki, mengendalikan dan mempunyai pengaruh terhadapnya lebih dari apa yang mereka hebahkan kepada para pembaca dan orang ramai. Ya, mereka perlu mengambilkira pandangan-pandangan dan sikap-sikap audien mereka jika mereka hendak mengekalkan rating yang tinngi. Ini dapat diperhatikan melalui rekabentuk dan persembahan material dan sebanyakmana penekanan terhadap sesuatu isu itu. Pembaca dan penonton mempunyai pangaruh pada media pada hal-hal seperti itu, namun mereka lebih banyak dipengaruhi dari mempengaruhi.

Pendapat awam boleh dikenalpasti dengan meminta pandangan orang awam dengan cara yang jelas dan menyeluruh, seperti yang telah dilaksanakan berkenaan dengan penubuhan Komuniti Eropah (EU). Di bawah keadaan-keadaan tersebut adalah mungkin untuk mengatakan bahawa orang-orang di Negara itu dan ini sememangnya menyokong atau membantah polisi-polisi tertentu. Ini memerlukan survey dilaksanakan dalam cara yang jelas dan terbuka serta tiada kemungkinan berlakunya penipuan.

Kita perlu juga menyatakan bahawa banyak laman-laman web mempunyai sistem pengundian untuk pengunjung-pengunjungnya. Walaubagaimanapun, pengundian-pengundian ini boleh disalahgunakan dengan mudah. Tidaklah sukar untuk seseorang itu untuk memasuki sistem tersebut dan mengundi beribu undi dari komputer peribadinya.

Pendekatan seimbang yang boleh digunakan oleh para penceramah dan penulis – tidak kira betapa yakin dia terhadap pendapatnya sendiri – adalah untuk mengelakkan daripada mendakwa bahawa pandangan-pandangannya adalah pandangan orang awam lain dan mengelakkan seolah-olah bercakap bagi pihak mereka, kecuali hanya jika dia mempunyai bukti yang kukuh bahawa ia benar-benar pendapat umum.

Perintah keobjektivitian dan perlakuan awam memerlukan supaya kita belajar bagaimana untuk mengutarakan pendapat-pendapat kita dengan cara yang seimbang, secara jelas dan jujur, mempersembahkannya sebagai pendapat kita sendiri yang kita pegang tanpa mengaitkan orang lain kepada pendapat tersebut, kecuali orang-orang lain tersebut menyatakan perkara yang sama.

Sekiranya 10 pengarang meyakini beberapa pandangan menulis, menerbitkan dan berucap kepada awam tentang pandangan-pandangan mereka, mereka dengan mudahnya memberikan tanggapan kepada seseorang yang tidak berinteraksi dengan masyarakat bahawa pandangan mereka mewakili keseluruhan masyarakat. Walaubagaimanapun, jika orang seseorang itu bercampur dengan orang ramai, dia mungkin mendapati kebenaran adalah sebaliknya.

Islam mengajar kita untuk memeriksa fakta-fakta dan mengelakkan dari mengaitkan kata-kata kepada orang lain. Allah Berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." [Surah al-Hujurât: 6]

Allah juga berfirman: "Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata." [Sûrah al-Ahzâb: 58]

Rasulullah SAW bersabda: "Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila dia mengulangi semua yang dia dengar."


Posted at 05:39 pm by perswis
Make a comment  

 
Sunday, September 03, 2006
JADILAH KAMU PENOLONG-PENOLONG ALLAH

Jadilah Kamu Penolong-Penolong Allah!

 
Oleh: Sheikh Salman al-Awdah
Artikel asal: "Be ye helpers of Allah"

 

Seseorang itu, apabila membaca Qurán mesti berhenti untuk berfikir apabila tiba ke ayat terakhir surah al-Saff, satu ayat yang mengandungi seruan suci:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong Allah” [Surah al-Saff: 14]

Ini adalah pelawaan yang jelas ditujukan secara khusus kepada orang-orang yang beriman dalam masyarakat Muslim untuk membezakan diri mereka dengan menolong Allah – dengan menolong Agama-Nya, Undang-undang-Nya, dan orang-orang-Nya. Seruan tersebut memanggil mereka untuk melakukan usaha ini sebagai yang tertinggi mengatasi kepentingan individu-individu, organisasi, keluarga, Negara dan golongan.

Ayat tersebut kemudiannya menyatakan sabdaan Nabi ‘Isa alaihissalam (a.s.) kepada pengikutnya:

“Siapa akan menjadi penolong-penolongku untuk Allah?”

Pertanyaan ini di jawab oleh pengikut baginda:

“Kamilah penolong-penolong Allah.”

Perlu diperhatikan bahawa kenyataan Nabi ‘Isa a.s. – “Siapa akan menjadi penolong-penolongku untuk Allah?” – berbeza dalam penggunaan perkataan dengan perintah pada permulaan ayat - “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong Allah”. Nabi ‘Isa a.s. merujuk kembali pertolongan kepada dirinya, tidak untuk kepentingannya sendiri, kerana baginda memanggil mereka kepada Allah. Kedua-dua kenyataan tersebut jelas berbeza. Pemilihan kata oleh Nabi ‘Isa sesuai untuk Bani Israil, atau beberapa orang di antara mereka yang menjadi pengikut-pengikutnya dan mereka yang berazam untuk membantu baginda. Sungguhpun demikian, sebahagian dari mereka ragu-ragu.

Boleh dikatakan juga bahawa penggunaan perkataan yang khusus ini bersesuaian dengan sifat tugas Nabi ‘Isa a.s. dengan manusia pada masa itu. Kehadiran rasul di antara mereka adalah salah satu jaminin terbaik bahawa mereka akan kekal di dalam kebenaran dan tidak berulang kepada melakukan kesilapan. Apabila pengikut-pengikut baginda menyahut dengan “Kamilah penolong-penolong Allah”, ia seolah-olah mereka menunjukkan kesetiaan dan ketaatan pertolongan mereka jauh lebih mutlak dan tidak berganjak dari apa yang mereka mampu laksanakan. Dan Allah lebih mengetahui.

Sementara itu, kenyataan: “Jadilah kamu penolong-penolong Allah” adalah ditujukan kepada umat Muslim yang kewujudannya berdasarkan kepada ketaatan yang jitu kepada Jalan Allah semata-mata, samada Rasulullah SAW berada bersama mereka ataupun tidak. Ini adalah kerana mereka adalah umat terakhir, masyarakat terakhir yang tiada had masa ditetapkan terhadap mereka. Kerana itulah Allah berfirman:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? [Surah Ali ‘Imran: 144]

Seruan Nabi Muhammad SAW tidak ditujukan kepada bangsa-bangsa atau umat tertentu, namun untuk seluruh manusia. Atas sebab ini, iman dan jihad (perjuangan untuk Iman) akan berterusan sehingga Kiamat. Rasulullah bersabda: “Tiada hijrah yang wajib setelah pembukaan Mekah, namun terdapat jihad dan niat yang ikhlas”* [Bukhari dan Muslim]

Baginda bersabda: “Kebaikan terikat pada jambul-jambul kuda sehingga Hari Kebangkitan: di dalam bayaran ganti rugi dan hasil rampasan perang.”*

Juga: “Akan sentiasa ada segolongan umatku yang berada di dalam kebenaran, sehingga ke Hari Kiamat.” Terdapat banyak hadith dengan maksud yang sama."*

Atas sebab ini, umat Muslim diperintahkan untuk memberikan pertolongan mereka kepada Allah, tidak untuk yang lain, dengan pemahaman sesungguhnya dengan menolong Rasulullah SAW adalah menolong Allah, seperti juga menolong orang-orang yang beriman. Pertolongan ini kekal menjadi tanggungjawab Muslim selagimana masih adanya siang dan malam di Bumi ini, samada mereka lemah atau kuat, kaya atau miskin, sedikit atau banyak. Sungguhpun demikian, Allah tidak membebankan hambanya lebih dari apa yang mereka mampu tanggung.

Di dalam ini adalah satu mesej kepada orang-orang yang taat bahawa pertolongan yang mereka berikan untuk Allah dan kerja yang mereka lakukan memanggil manusia kepada Islam tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana individu tertentu. Mereka perlu mengekalkan perspektif yang sesuai terhadap orang lain, tidak membesar-besarkan kepentingan mereka ataupun memandang mereka dengan kebencian. Mereka perlu melindungi mesej yang mereka panggil kepadanya dan masyarakat mereka daripada kesesatan ahli kitab yang mengagungkan paderi-paderi dan rahib-rahib seterusnya melanggar ajaran Allah. Umat Muslim perlu setia kepada ajaran Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah dan bukannya mengikuti jalan-jalan orang itu dan ini.

Setiap orang mempunyai imam-imam dan orang-orang pentingnya, namun imam-imam tersebut hanya layak dengan gelaran tingginya bergantung kepada kesetiaan mereka kepada method yang sesuai dan menjelaskan secara jujur ajaran Allah dan RasulNya. Jika mereka tidak mampu untuk mencapai tahap tersebut, mereka perlu diganti dengan yang lain. Ini tidak dapat berlaku kecuali hanya jika umat Muslim sentiasa memberi perhatian, aktif dan berwaspada. Ia mesti bukan satu umat yang mendirikan Iman dan kepercayaan berdasarkan tradisi bangsa, ikutan yang membuta tuli, dan nafsu. Iman dan kepercayaan harus didirikan atas asas Ilmu, bukti, dan teks-teks suci. Umat Muslim bukannya segorombolan kambing dipandu tanpa sedar tanpa mengetahui apa-apa melainkan kepercayaan yang buta terhadap ketuanya. Ini adalah umat yang telah dipanggil untuk menolong Allah semata-mata. Pertolongan dan bantuan yang diberikan kepada orang lain adalah dengan syarat mereka juga adalah penolong-penolong Allah. Bila orang-orang tersebut mempunyai kekurangan di dalam menjadi penolong-penolong Allah, maka tidak sesuai untuk mengikuti dan mencontohi mereka.

Di manakah boleh kita temui panduan jelas ini di dalam umat Muslim sekarang? Kebanyakan orang, para pelajar ilmu, dan organisasi Islam menggerakkan diri mereka secara buta dan tanpa soal periksa di belakang personaliti-personaliti berbeza seperti Ulama, pekerja-pekerja Islam dan pemimpin politik.

Apabila Allah memberikan idea pertolongan dan bantuan, Dia memberikan maksudnya dengan berfirman:

“dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” [Surah al-Hajj: 40]

Setiap individu, organisasi, atau puak mendakwa menjadi penolong kepada jalan Allah dan menegaskan bahawa mereka tidak didorong untuk mengekalkan kuasa, ketamakan, atau kuasa politik. Ini sebabnya Allah memperincikan di dalam ayat ini siapa yang benar-benar menolong Allah. Adakah mereka yang membuat dakwaan?

Jauh dari itu; penolong-penolong Allah adalah apa yang Allah firmankan di dalam ayat selepas ayat di atas:

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” [Surah al-Hajj:41]

Kita boleh melihat bahawa Allah memberikan mereka beberapa ciri yang hanya akan kelihatan di masa depan apabila Dia berkata “ ... jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi ...” Berapa ramai orang-orang yang mendakwa mungkir kepada janji-janji mereka dan mendedikasikan diri mereka untuk mengejar kesenangan duniawi?

Ramai orang yang hanyut dengan mimpi-mimpi indah dan menggambarkan masa depan yang idealisitk tanpa kecacatan. Aduhai, apabila masa depan itu sampai kepada mereka dan mereka dapati bahawa ia bukanlah utopia yang mereka harapkan, prinsip-prinsip dan hati mula berubah dan ketamakan mengambil tempat. Perkara mula retak dan tuduh-menuduh mula berlaku.

Ayat tersebut tidak mengaitkan pertolongan Allah dengan mereka yang berjanji mendirikan solat dan membayar zakat namun kepada mereka yang Allah tahu akan benar-benar melakukannya di masa hadapan juga menyuruh berbuat kebaikan dan melarang melakukan kejahatan apabila mereka diberikan kekuasaan memerintah di atas muka bumi.

Terperangkap dengan tarikan personaliti-personaliti dan melupakan prinsip-prinsip atau tidak mengendahkannya kerana individu-individu atau kumpulan-kumpulan adalah jalan yang berbahaya dan curang dan jalan yang sering diambil di dalam sejarah orang-orang yang memanggil kepada Allah dan di dalam sejarah umat. Tiada yang setanding dan setara dengan al-Quran di dalam mengembalikan manusia kepada keseimbangan dan mengekalkan prinsip-prinsip yang mana kewujudan mereka berasal dari situ. Seruan “Jadilah kamu penolong-penolong Allah” yang menemani aktiviti-aktiviti Jihad dan kerja-kerja Islam menjadi peringatan bahawa ketaatan kepada Allah, RasulNya, dan agamanya mesti datang dahulu sebelum ketaatan kepada manusia, kumpulan-kumpulan, atau organisasi-organisasi. Jadi, adakah semua orang akan mengambil endah? 

* Saya tidak dapat mencari terjemahan hadith-hadith tersebut di dalam bahasa Malayu, jadi saya terjemah direct dari bahasa Inggeris menurut kefahaman saya. Sila berikan pembetulan sekiranya perlu  -penterjemah-


Posted at 06:19 pm by perswis
Make a comment  

 
Wednesday, August 02, 2006
EXPENSIVE HOBBY?
Currently I have one expensive hobby with the potential of adding another.

I change my personal computer every 2-3 years. Change is more accurate of a term as appose to upgrade, I think. These were my PC over the years.

1994: Pentium 75Mhz, 16mb RAM, 2 Gb Hdd, 2d Graphic Card, 15" monitor = RM3000
1996: AMD K6ii 450Mhz, 64mb RAM, 20Gb Hdd, 3d Card (same 15"monitor) = RM2000
2000: AMD Athlon 900Mhz, 128mb RAM, 40Gb+20Gb Hdd, Gforce 2MX, 17"LG monitor = RM2500
2003: AMD Athlon XP 1.4Ghz OC to 1.7Ghz, 40Gb+40Gb Hdd, Ati Radeon 8500LE, Tv Tuner Card, (same 17"LG monitor) = RM2200
2005: Same config as 2003, change Graphic to Nvidia 6600GT, some peripheral change = RM700.

Total: RM10,400. Roughly about RM870/ year = RM72.5/ month.

PC Fair 2006 mid year is just around the corner. I'm tempted to shell out another RM2500 for new system. However, I'm able to convince myself to wait for a little longer for potentially better overall deal.
-----------------

Photography is also a tempting hobby to be involved in. I've done some research on digital photography and the conclusion I have so far is; to get highest quality picture possible - the only way to go is D-SLR.

Initial investment for that kind of gear (camera body, lens(es), tripod(s), etc) is around RM 5000+ for entry level D-SLR.

High Quality aside, I
don't think I need such highend camera - at least not yet. I think I will get Canon A700 instead. It has manual control which I can grow with. The price of the camera is RM1199.


Posted at 05:13 pm by perswis
Comments (1)  

 
Tuesday, August 01, 2006
I WANT TO WRITE MORE FREQUENTLY

I have not been writing for such a long time already. The remaining little English language in me must be rusting badly by now ... -sigh-

I do not know weather "writing to organize my thought" stuff is widespread motivation behind writing or not. The last blog that I read mentioning that stuff is www.rahulsood.com.

Perhaps I should adopt 'that stuff' as one of the motivation for me to continue writing.

***********

Syiekh Salman Fahd al-Awdah adalah salah seorang Ulama' masakini yang saya minati penulisannya. Oleh kerana tidak memahami bahasa 'Arab, saya membaca penulisan beliau dalam Bahasa Inggeris. (www.islamtoday.com)

Kebanyakan penulisan beliau (bagi saya) bersifat tazkiyyah, atau lebih dikenali sebagai kesufian bagi orang-orang dinusantara. Saya ada menterjemah beberapa karya beliau ke dalam bahasa melayu (salah satunya di dalam posting yang lalu) dan saya ingin menterjemahkan beberapa lagi penulisan beliau yang InsyaAllah (IA) akan saya letakkan diblogspot satu masa nanti.

 


Posted at 05:27 pm by perswis
Make a comment  

 
Friday, June 09, 2006
DEMI SERUAN KEPADA ISLAM

Artikel asal: FOR THE SAKE OF CALLING TO ISLAM
Oleh:
Sheikh Salman al-Oadah
url:
http://www.islamtoday.com/showme2.cfm?cat_id=36&sub_cat_id=671

Ummah Muslim adalah sangat penting, mengambil berat dan membuahkan hasil. Ia masih mempunyai kesegaran dan mengekalkan kesegarannya. Dengan pertolongan Allah, ia berupaya mengatasi kekurangan-kekurangan yang melandanya setiap masa. Negara bangun dan jatuh. Personaliti datang dan pergi. Kerja-kerja, perancangan-perancangan dan projek-projek yang baik menjadi debu. Meskipun demikian, Ummah Muslim masih ada.

Takdir Islam tidak terpisah daripada takdir ummah muslim. Ia tidak terikat kepada takdir mana-mana individu, kumpulan, organisasi, atau Negara. Islam adalah lebih besar daripada semua itu. Adalah menjadi satu kesilapan untuk mengikat masa depan Islam – atau kerja-kerja berunsurkan Islam – kepada nasib sesuatu kumpulan atau lainnya. Begitu juga adalah menjadi kesilapan untuk menganggap bahawa masa depan Islam terletak pada sumbangan-sumbangan individu tertentu atau penerusan beberapa aktiviti yang dipercayai sebagai bermanfaat dan produktif.


Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak sumbangan sedang dilakukan yang jelas mempunyai kesan positif kepada kemajuan gerak kerja Islam. Walaubagaimanapun, kesemuanya adalah cara yang boleh bertukarganti. Seseorang akan mati dan ummah Muslim akan terus hidup, dan Allah akan menggantikan seseorang itu dengan seseorang yang lebih baik.


Adalah sangat merbahaya apabila manusia mengaitkan masa depan gerakerja Islam kepada mana-mana individu, tidak kira betapa tinggi manusia lain menyanjunginya. Setiap manusia hanyalah manusia dan mempunyai kelemahan tersendiri. Dia mempunyai kemungkinan untuk benar atau tersilap.
Dia dipengaruhi oleh persekitarannya, samada dari segi sosial, ekonomi, politik, dan peribadi di mana dia tidak akan dapat lari darinya. Ada orang yang menelekup tangan di dada dan bimbang sesuatu pintu atau jalan akan terhalang, atau beberapa penceramah tidak dapat naik ke mimbar untuk berucap, atau beberapa penulis tidak dapat terus menulis. Kita perlu bertanya kepada orang-orang seperti ini: Kemudian apa? Berapa ramai penceramah, penulis dan para pekerja Islam yang Allah miliki. Berapa banyak jalan-jalan kepada kebaikan yang kita miliki.

 

Semestinya kita berasa sedih apabila pintu kesempatan tertutup. Sungguhpun demikian, adalah salah untuk kita berfikir bahawa masa depan gerakerja Islam bergantung semata-mata kepadanya. Tiada siapa boleh dipersalahkan apabila terpengaruh dengan sekatan kebebasan menyatakan pendapat dan kekurangan seruan yang baik. Namun demikian, kita bersalah apabila mula memikirkan bahawa masa depan gerakerja Islam akan musnah dan cara-cara untuk meneruskannya akan hilang.


Ummah Muslim adalah sesuatu yang mendatangkan hasil dan subur. Bila kehilangan satu suara, beribu suara lain akan mengambil tempatnya.
Jika satu penceramah mati, Allah akan menggantikan dengan seribu lain sepertinya.


Dengan meletakkan harapan kepada personaliti-personaliti, kita meletakkan beban yang terlalu besar ke bahu mereka. Samada kita suka atau tidak, kita akhirnya akan menghalang banyak potensi-potensi kebaikan yang ummah kita boleh berikan. Siapakah diluar sana yang mampu memikul masa depan gerakerja Islam di atas bahu sendirian seolah-olah dialah jelmaan hidupnya (gerakerja Islam)?


Kita berlaku adil untuk menganggap setiap insan ada tempatnya tersendiri dan menjaga perspektif kita daripada diputarbelit. Tiada siapa perlu disinggung atau dinafikan kredit apabila mereka menyumbang. Di dalam masa yang sama, kita tidak patut menaikkan seseorang lebih dari yang sepatutnya dan mengharapkan sesuatu yang mereka tidak mampu untuk lakukan.


Di dalam era kelemahan dan kemunduran, adalah amat mudah untuk manusia mencapai apa sahaja yang dekat dan tercapai apabila mereka mendapati ia kukuh dan meletakkan semua harapan semata-mata padanya. Inilah sebab mengapa kita lihat kebanyakan orang yang baik menjauhkan diri daripada masyarakat dan memilih untuk mendiamkan diri, hanya kerana mereka tidak mampu menggalas beban-beban dan orang ramai meletakkan ke atas bahu mereka kerana kerja-kerja mereka untuk Islam. Mereka tidak dapat menanggung untuk diletakkan di tempat di mana mereka bertanggungjawab penuh di dalam segala-galanya.

 

Allah berfirman;

“tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” [Sûrah al-Tûr: 21]

 

“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,” [Sûrah al-Mudaththir: 38]

“hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang dia telah kerjakan (samada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.” [Sûrah al-Nahl: 111]

 

“Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).” [Sûrah al-Isrâ’: 13]

Dari ayat manakah di dalam Al-Quran sesetengah manusia hari ini mendapat idea bahawa seseorang itu perlu menjadi segalanya? Dari mana mereka mendapat idea bahawa semua tanggungjawab perlu diletakkan ke atas bahu beberapa orang supaya orang-orang yang lain boleh dilapangkan daripada menggalas beban mereka?

 

Satu-satunya perbezaan antara orang yang menjalankan kerjanya dengan orang-orang yang lain adalah kita mempunyai seorang yang melakukan kerjanya dan di dalam masa yang sama orang lain gagal untuk melaksanakan kerja mereka. Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka yang melaksanakan tanggungjawab dan merahmati usaha-usaha mereka. Walaubagaimanapun, kebertanggungjawaban asas ke atas setiap kita adalah sama. Adalah besar kemungkinannya kita yang tidak menggerakkan diri mempunyai bakat semulajadi yang lebih besar dan personality yang lebih kuat berbanding mereka yang melakukannya. Mengapa kita harus melupakan dan memendam bakat-bakat dalam diri kita sendiri? Mengapa tidak kita yang menggalas apa yang orang lain telah biarkan atau telah gagal untuk melaksanakannya, dengan sepenuh daya yang mungkin?



Posted at 06:51 pm by perswis
Make a comment  

 
Wednesday, April 26, 2006
Shura dan Demokrasi: Satu Analisis Konsep

Artikel asal: Shura and Democracy: A Conceptual Analysis

url: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544462

Terjemahan oleh: Perswis

 

 

Shura dan Demokrasi: Satu Analisis Konsep

 

Pertanyaan:

Yang berhormat Syaikh, As-Salamu ‘Alaykum wa Rahmatu Allah wa Barakatuh. Bolehkah Syaikh memberi penerangan tentang istilah “Shura” dan “Demokrasi”? Sebenarnya, saya merasa sukar untuk membezakan dua istilah tersebut. Jazakum Allah Khayran.

 

Jawapan:

Wa ‘Alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

 

Segala puji hanya bagi Allah, dan selawat serta salam ke atas Rasul-Nya.

 

Saudara dalam Islam, terima kasih di atas pertanyaan; ia amat menarik dan kami memohon kepada Allah yang Maha Agung untuk menolong kita dalam berkhidmat di Jalan-Nya dan menjadikan usaha kita hanya untukNya.

 

Berkaitan dengan  istilah Shura (Perundingan bersama) dan demokrasi, Dr. Ja’far Sheikh Idris, professor dalam bidang pengajian Islam, Institut Pengajian  Sains Islam dan Arab, Washington, menyatakan:

 

 

Apa itu Shura?

 

Shura berasal dari perkataan arab shara yang maksud asalnya, berdasarkan kepada kamus klasik arab; mengekstrak (mendapatkan) madu lebah dari sarangnya. Perkataan tersebut kemudian memperolehi makna tambahan  dimana kesemuanya berkaitan dengan maksud asal. Salah satu makna tambahan tersebut adalah Perundingan dan Pertimbangan yg berhati-hati. Cara perundingan dan pertimbangan yang berhati-hati, memberi idea dan pendapat daripada minda manusia telah dilihat sebagai sejajar dengan mengekstrak madu lebah dari sarangnya. Ia juga mungkin difikirkan bahawa idea dan pendapat-pendapat yang bernas adalah semanis dan sangat berharga seperti madu.

 

Berdasarkan kepada makna dari segi bahasa, Shura dilihat tidak lebih daripada satu prosedur untuk mendapatkan/ mencapai keputusan. Oleh itu, ia juga boleh didefinasikan sebagai prosedur untuk membuat keputusan melalui perundingan dan pertimbangan yang berhati-hati diantara mereka yang mempunyai kepentingan di dalam perkara yang hendak diambil keputusan, atau orang lain yang dapat membantu mereka untuk mencapai keputusan.

 

Kepentingan di mana Shura dilaksanakan boleh jadi samada ia adalah kepentingan individu, atau kepentingan sekumpulan individu, atau ia adalah kepentingan keseluruhan individu di dalam masyarakat. Mari kita namakan yang pertama Shura individu, yang kedua Shura kumpulan dan yang ketiga Shura awam/ masyarakat.

 

Oleh itu, secara formalnya difahami bahawa, Shura tidak ada kena mengena dengan perkara yang hendak diputuskan, atau asas prinsip di mana para perunding membuat keputusan, atau keputusan yang dicapai, kerana ia hanyalah prosedur, satu alat mungkin, yang boleh digunakan oleh mana-mana kumpulan manusia – sekumpulan perompak, majlis pemerintah (junta) tentera, senat Amerika atau majlis wakil-wakil Muslim.

 

Oleh itu, tiada di dalam konsep ini sesuatu yang secara hakikinya keislaman. Malah Shura didalam satu bentuk atau lainnya telah dipraktikkan  sebelum kedatangan Islam. Seorang ‘Arab Badwi dilaporkan berkata, “Tidak pernah aku mengalami nasib malang yang tidak pernah dialami oleh kaumku.” Bila ditanya mengapa, dia berkata, “Kerana aku tak pernah melakukan sesuatu sebelum aku berunding dengan mereka, astasheeruhum.” Dikatakan juga bahawa kaum bangsawan ‘Arab kerapkali berasa tertekan jika sesuatu perkara diputuskan tidak melalui Shura. Orang bukan ‘Arab juga mempraktikkannya. Permaisuri negara Saba’ menurut al-Quran, mempunyai kecenderungan untuk tidak membuat keputusan tanpa perundingan dengan ketua-ketua kaumnya. Dalam konteks ini, Al-Quran menerangkan: “Dia (Permaisuri negara Saba’) berkata: Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya.” (An-Naml: 32)

 

 

Apa itu Demokrasi?

 

Apa itu demokrasi? Definisi yang lazim adalah kepimpinan (rule), kratos, oleh rakyat (people), demos. Dengan definasi lazim ini, demokrasi tidak ada kena mengena dengan Shura. Tetapi bila sahaja kita bertanya: “Bagaimana manusia memimpin?” kita akan mula melihat kaitannya.

 

‘Kepimpinan’ membayangkan pemerintahan keatas seseorang atau sesuatu kumpulan, dan jika semua orang memimpin, keatas siapa mereka memimpin? (Barry, 208)

 

Jawapan yang dipersetujui oleh para pemikir teori demokrasi keatas apa yang dimaksudkan dengan ‘kepimpinan’ adalah manusia membuat keputusan diatas polisi awam. Bagaimana mereka membuat keputusan tersebut? Secara idealnya, melalui perbincangan dan pertimbangan yang berhati-hati dalam pertemuan muka bertemu muka antara manusia sepertimana halnya di Athens.

 

 

Kesamaan

 

Oleh itu, demokrasi juga mempunyai sesuatu yang berkaitan dengan keputusan yang diambil setelah melakukan pertimbangan dengan berhati-hati. Dalam masa yg sama, ini juga adalah apa yang seorang ‘Arab gambarkan sebagai Shura. Mungkin juga difikirkan bahawa masih terdapat perbezaan antara Shura dan demokrasi, kerana demokrasi seolahnya dibataskan kepada hal-hal politik. Tetapi konsep demokrasi dengan mudah dapat diluaskan kepada aspek kehidupan yang lain kerana manusia yang memilih untuk memberi kuasa membuat keputusan dalam hal-hal politik  kepada keseluruhan penduduk tidak patut ragu-ragu untuk memberi kuasa yang sama kepada individu-individu yang membentuk organisasi yang lebih kecil, jika hal tersebut menjadi kepentingan setiap dari mereka. Oleh itu, konsep demokrasi merangkumi dan  boleh diluaskan untuk memasukkan kumpulan-kumpulan seperti parti politik, organisasi amal dan persatuan-persatuan perniagaan. Oleh yang demikian secara luasnya, demokrasi hampir serupa dengan Shura. Tiada apa didalam makna utama dan makna luas demokrasi yang menjadikannya secara hakiki sebagai kebaratan atau sekular. Jika Shura boleh mengambil bentuk sekular, demokrasi juga boleh mengambil bentuk Islam.

 

 

Islam dan Demokrasi Sekular

 

1. Perbezaan Asas:

 

Apakah kriteria-kriteria Shura bila ia mengambil bentuk Islam, dan apakah kriteria-kriteria demokrasi bila ia mengambil bentuk sekular, dan apakah beza antara bentuk-bentuk tersebut dan apakah pula kesamaannya, jika ada? Apakah bentuk setiap mereka, jika diletakkan di dalam rangka yang lain? Saya tidak boleh pergi secara terperinci di sini. Biar saya memberi penumpuan ke atas isu-isu penting yang mengasingkan Islam dan sekularisma dari pandangan sejagat, yang seterusnya memberi demokrasi dan Shura bentuk tertentu apabila diletakkan di lingkungan rangka kerjanya.

 

Mari kita memahami sekularisma sebagai kepercayaan bahawa agama tidak perlu mempunyai apa-apa kaitan dengan polisi awam/ umum, dan jika perlu hanya didalam hal-hal persendirian. Hal pertama yang perlu disedari di sini adalah, tidak ada kaitan logikal antara sekularisma dan demokrasi. Sekularisma adalah sama serasi dengan kezaliman dan penindasan sebagaimana halnya ia serasi dengan demokrasi. Oleh itu sesiapa yang percaya dengan sekularisma, boleh tanpa pelanggaran untuk memerintah secara penindasan.

 

Katakanlah mereka (yang percaya dengan sekularisma) memilih sistem demokrasi. Di sini mereka mempunyai dua pilihan:

 

a. Mereka boleh memilih untuk menjadikan rakyat mempunyai kuasa mutlak tertinggi, didalam keadaan dimana mereka atau wakil mereka bebas untuk memutuskan secara undi majoriti atas apa-apa isu, atau meluluskan atau menghalang sebarang pengubalan undang-undang. Demokrasi bentuk ini adalah antitesis kepada Islam kerana ia meletakkan apa yang dipanggil rakyat (manusia) di tempat Allah; di dalam Islam hanya Allah mempunyai kuasa mutlak untuk membuat undang-undang. Sesiapa yang mendakwa mempunyai hak tersebut mendakwa sebagai Tuhan, dan sesiapa yang memberinya hak tersebut secara tak langsung menerimanya sebagai Tuhan. Perkara yang sama boleh terjadi jika satu komuniti sekular menerima prinsip Shura, kerana mereka tidak akan mengeluarkan sebarang hal dari ruang lingkup kekuasaannya, dan tiada didalam konsep Shura yang boleh membuatkan ia tidak sah.

 

b. Pilihan alternatif adalah bagi rakyat sekular memilih satu bentuk demokrasi di mana hak rakyat untuk menggubal undang-undang terhad kepada apa yang dipercayai oleh masyarakat sebagai satu undang-undang yang lebih tinggi dimana undang-undang manusia adalah di bawah undang-undang tersebut dan ia tidak boleh dilanggari. Samada demokrasi bentuk ini serasi dengan Islam atau tidak bergantung kepada sifat dan skop batasan-batasan, dan keatas apa yang dipercayai sebagai undang-undang yang lebih tinggi tersebut.

Didalam demokrasi liberal majoriti dari keseluruhan penduduk tidak mempunyai hak untuk menafikan hak minoriti, walaupun ia hanya seorang individu, atas apa yang dipercayainya sebagai hak asasi manusia. Kepercayaan keatas hak-hak tersebut tidak ada kena mengena dengan sekularisma, yang secara lengkapnya serasi, sepertimana yg kami lihat, dengan demokrasi tanpa batasan. Terdapat perbezaan asas antara Islam dan demokrasi bentuk ini, dan terdapat perbezaan-perbezaan kecil, tetapi terdapat juga persamaan-persamaan.

 

Perbezaan asasnya adalah di dalam Islam undang-undang Allah seperti yang terkandung di dalam Qur’an dan Sunnahlah yang paling tinggi dimana hak manusia untuk membuat undang-undang adalah dibatasi oleh keduanya. Seorang Muslim sejati tidak akan membuat, atau secara sengaja menerima, atau percaya bahawa semua orang/ ada orang yang mempunyai hak untuk membuat, atau menerima, pembentukan undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Ilahi. Contoh pelanggaran-pelanggaran termasuk penghalalan minuman-minuman memabukkan, berjudi, homoseksual, riba’ dan termasuk pengambilan anak angkat.

 

Bila sesetengah Muslim membantah demokrasi dan menggambarkannya sebagai tidak Islamik, jenis undang-undang beginilah yang ada di dalam fikiran mereka. Shura tanpa kawalan atau Shura liberal, walaubagaimanapun, ada kemungkinan menjadi tidak Islamik sebagaimana demokrasi liberal atau demokrasi tanpa kawalan. Masalahnya adalah pada sekularisma dan liberisasi, bukan pada demokrasi, dan tidak akan hilang dengan mengadoptasi Shura menggantikan demokrasi.

 

Perbezaan asas seterusnya adalah, tidak seperti demokrasi liberal, Shura Islam bukanlah satu sistem politik, kerana hampir kesemua prinsip dan nilai sesuatu masyarakat itu diatur, dan yang dipatuhi masyarakat itu, telah dinyatakan oleh undang-undang tertinggi. Deskripsi yang sepadan dengan sistem politik yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip tersebut adalah ia keIslaman dan bukan keShuraan, kerana Shura hanyalah salah satu komponen di dalamnya.

 

Ciri Islam ini menjadikan masyarakatnya imun kepada penindasan mutlak dan kediktatoran. Terdapat pemimpin Muslim yang memerintah secara kuku besi (Despotik), tetapi mereka demikian kerana tidak dipilih oleh wakil ummah Muslim yang sebenar, atau mereka tidak ketat di dalam mematuhi sebahagian ajaran Islam; tetapi tiada dari mereka yang menggelarkan diri pemimpin Muslim sanggup, atau mahu, untuk memansuhkan undang-undang Islam.

 

Penekanan terhadap undang-undang ini menghalang daripada penindasan mutlak. Ia memberikan ‘Ulama’ kekuasaan penggubalan undang-undang yang besar sehinggakan kata-kata mereka, bukannya kata-kata pemimpin sebagai pemutus di dalam pelbagai hal. Salah satu bahagian yang menarik di dalam bab kitab al-Bukhari: Jika pemimpin membuat keputusan yang bertentangan dengan ‘Ulama’, keputusannya adalah ditolak.

 

 

2. Kesamaan

 

Setelah melihat perbezaan-perbezaan asas, marilah kita lihat pula kesamaan-kesamaan, dan beberapa perbezaan kecil dan bukan asas.

 

Islam dan liberisasi berkongsi nilai tertentu, secara asasnya diatas konsep yang diperlukan oleh  demokrasi dan Shura.

 

Didalam demokrasi liberal terdapat hak-hak peribadi yang dimiliki oleh setiap individu, walaupun mereka adalah minoriti. Hak-hak ini dikatakan tidak boleh diasingkan, oleh itu, secara teorinya, ia tidak boleh dilanggar, walaupun dengan majoriti yang sangat besar. Pelanggaran seperti itu, walaupun jika diwartakan didalam perundangan, menjadikan kerajaan tersebut tidak demokratik, malah menindas. Seseorang mungkin memikirkan bahawa idea tiada pengasingan hak-hak adalah tidak serasi dengan konsep asas demokrasi sebagai kepimpinan oleh rakyat, kerana jika rakyat memilih, dengan undi majoriti, untuk menafikan sebahagian penduduk sebahagian yang apa para liberal panggil sebagai hak-hak asasi manusia, maka itulah yang dikatakan kepimpinan oleh rakyat, dan ia menjadi tidak demokratik untuk tidak meluluskannya. Tetapi atas pemeriksaan yang lebih terperinci seseorang boleh melihat bahawa ia bukanlah demikian halnya. Hal itu bukan demikian kerana konsep demokrasi memerlukan kesamaan. Ini adalah kerana rakyat adalah sama di dalam mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang bagaimana mereka harus dipimpin bahawa demokrasi adalah kepimpinan oleh rakyat. Tetapi secara pastinya setiap individu mempunyai hak-hak yang lebih asas daripada terlibat dengan pembuatan keputusan samada secara langsung atau tidak langsung. Untuk menyertainya antara lain mereka mesti masih hidup dan mereka mesti masih boleh menyatakan pendapat. Jadi, tiada percanggahan antara konsep demokrasi atau Shura dan idea hak-hak yang tidak boleh diasingkan yang membatasi pemerintahan majoriti, kerana yang terdahulu lebih asas daripada demokrasi berbanding yang kemudian.

 

Sekiranya saya betul didalam mengatakan nilai-nilai yang diperlukan oleh demokrasi dan Shura, maka demokrasi mutlak, yang tidak disekat oleh nilai-nilai itu, ia adalah bertentangan dengan istilah.

 

Shura Islam mempunyai kesamaan dengan demokrasi liberal bahawa antara isu utama yang perlu diputuskan oleh rakyat adalah tentang pemilihan pemimpin/ pemerintah. Ini dapat difahami daripada fakta bahawa Rasulullah SAW memilih untuk tidak melantik pemimpin pengganti, namun membiarkan umat Islam untuk melakukannya, dan inilah apa yang mereka lakukan didalam perhimpunan am di al-Madinah. Apabila dilaporkan kepada ‘Umar, Khalifah yang kedua, bahawa seseorang berkata jika ‘Umar mati, dia akan memberikan ketaatan kepada sifulan bin sifulan sebagai Khalifah, beliau menjadi amat marah dan berkata beliau akan memberi amaran kepada umat Islam “yang mahu secara paksa menafikan (hak-hak)”. Beliau kemudian membuat kenyataan awam dimana beliau berkata: Jika seseorang memberikan ketaatan kepada seseorang, sebagai pemimpin, tanpa persetujuan-perundingan daripada umat Islam, ‘ala ghayri ma Shurati-n min al muslimeen, maka beliau ataupun orang yang diberikan ketaatan itu tidak perlu diikuti. (Bukhari)

 

Sepanjang pengetahuan saya, cara mana hak awam perlu dilaksanakan, tidak dinyatakan dimana-mana kenyataan-kenyataan ataupun amalan berwibawa. Empat yang pertama, Al-Rasyideen, adalah Khalifah-khalifah yang dipilih dengan cara yang berbeza.

 

 

Adakah Nagara Islam demokratik?

 

Bolehkah sesebuah negara yang mematuhi prinsip Shura yang dibatasi oleh nilai-nilai Islamik disebut sebagai demokratik? Ya, jika demokrasi secara luasnya didefinasikan dengan istilah keputusan dibuat oleh rakyat. Tidak, jika ia didefinasikan sewenang-wenangnya.

 

Di dalam menilai negara manakah yang demokratik, kami secara ketat akan menggunakan definasi formal demokrasi. Sesebuah negara adalah demokratik jika ia memberikan rakyatnya hak untuk memilih kerajaan mereka sendiri melalui pengundian rahsia yang berkala, pemilihan-pemilihan multi-parti diatas asas universal dan kesamaan hak pengundian. Ia juga perlu mempunyai tempoh masa yang jelas diantara pemilihan tersebut.

 

Mengapa perlu hak untuk menubuhkan parti-parti politik menjadi syarat untuk demokrasi? Katakanlah satu negara memberikan rakyatnya, sebagai individu-individu, dan tidak sebagai ahli sesebuah parti, hak untuk memilih kerajaan mereka secara bebas, mengapa ini harus dikecualikan daripada digelar demokratik? Mengapa harus pemilihan kerajaan dilakukan secara berkala? Tidak bolehkah satu negara menjadi demokratik tanpa meletakkan batasan kepada jangka masa pemerintahan satu-satu pemimpin asalkan dia melakukan kerjanya dengan memuaskan, namun memberikan badan pemilihan kuasa untuk menyingkirkannya jika dan apabila mereka fikir dia tidak layak lagi untuk menyandang jawatan tersebut?

 

Setelah berkata semua di atas, saya mesti tekankan bahawa saya tidak menetapkan apa-apa penambahan kepada gelaran ‘demokratik’. Apa yang penting kepada saya adalah sejauh mana satu-satu negara itu Islamik, sejauh mana ia patuh kepada ajaran-ajaran Islam, dimana pembuatan keputusan oleh rakyat hanyalah salah satu komponen dan, walaupun penting, bukanlah yang terpenting.

 


Posted at 12:40 pm by perswis
Comments (2)  

Next Page