He [Allah] grants wisdom to whom He pleases; and he to whom wisdom is granted indeed receives a benefit overflowing. But none will grasp the Message except men of understanding. 2:269

   

<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Friday, June 09, 2006
DEMI SERUAN KEPADA ISLAM

Artikel asal: FOR THE SAKE OF CALLING TO ISLAM
Oleh:
Sheikh Salman al-Oadah
url:
http://www.islamtoday.com/showme2.cfm?cat_id=36&sub_cat_id=671

Ummah Muslim adalah sangat penting, mengambil berat dan membuahkan hasil. Ia masih mempunyai kesegaran dan mengekalkan kesegarannya. Dengan pertolongan Allah, ia berupaya mengatasi kekurangan-kekurangan yang melandanya setiap masa. Negara bangun dan jatuh. Personaliti datang dan pergi. Kerja-kerja, perancangan-perancangan dan projek-projek yang baik menjadi debu. Meskipun demikian, Ummah Muslim masih ada.

Takdir Islam tidak terpisah daripada takdir ummah muslim. Ia tidak terikat kepada takdir mana-mana individu, kumpulan, organisasi, atau Negara. Islam adalah lebih besar daripada semua itu. Adalah menjadi satu kesilapan untuk mengikat masa depan Islam – atau kerja-kerja berunsurkan Islam – kepada nasib sesuatu kumpulan atau lainnya. Begitu juga adalah menjadi kesilapan untuk menganggap bahawa masa depan Islam terletak pada sumbangan-sumbangan individu tertentu atau penerusan beberapa aktiviti yang dipercayai sebagai bermanfaat dan produktif.


Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak sumbangan sedang dilakukan yang jelas mempunyai kesan positif kepada kemajuan gerak kerja Islam. Walaubagaimanapun, kesemuanya adalah cara yang boleh bertukarganti. Seseorang akan mati dan ummah Muslim akan terus hidup, dan Allah akan menggantikan seseorang itu dengan seseorang yang lebih baik.


Adalah sangat merbahaya apabila manusia mengaitkan masa depan gerakerja Islam kepada mana-mana individu, tidak kira betapa tinggi manusia lain menyanjunginya. Setiap manusia hanyalah manusia dan mempunyai kelemahan tersendiri. Dia mempunyai kemungkinan untuk benar atau tersilap.
Dia dipengaruhi oleh persekitarannya, samada dari segi sosial, ekonomi, politik, dan peribadi di mana dia tidak akan dapat lari darinya. Ada orang yang menelekup tangan di dada dan bimbang sesuatu pintu atau jalan akan terhalang, atau beberapa penceramah tidak dapat naik ke mimbar untuk berucap, atau beberapa penulis tidak dapat terus menulis. Kita perlu bertanya kepada orang-orang seperti ini: Kemudian apa? Berapa ramai penceramah, penulis dan para pekerja Islam yang Allah miliki. Berapa banyak jalan-jalan kepada kebaikan yang kita miliki.

 

Semestinya kita berasa sedih apabila pintu kesempatan tertutup. Sungguhpun demikian, adalah salah untuk kita berfikir bahawa masa depan gerakerja Islam bergantung semata-mata kepadanya. Tiada siapa boleh dipersalahkan apabila terpengaruh dengan sekatan kebebasan menyatakan pendapat dan kekurangan seruan yang baik. Namun demikian, kita bersalah apabila mula memikirkan bahawa masa depan gerakerja Islam akan musnah dan cara-cara untuk meneruskannya akan hilang.


Ummah Muslim adalah sesuatu yang mendatangkan hasil dan subur. Bila kehilangan satu suara, beribu suara lain akan mengambil tempatnya.
Jika satu penceramah mati, Allah akan menggantikan dengan seribu lain sepertinya.


Dengan meletakkan harapan kepada personaliti-personaliti, kita meletakkan beban yang terlalu besar ke bahu mereka. Samada kita suka atau tidak, kita akhirnya akan menghalang banyak potensi-potensi kebaikan yang ummah kita boleh berikan. Siapakah diluar sana yang mampu memikul masa depan gerakerja Islam di atas bahu sendirian seolah-olah dialah jelmaan hidupnya (gerakerja Islam)?


Kita berlaku adil untuk menganggap setiap insan ada tempatnya tersendiri dan menjaga perspektif kita daripada diputarbelit. Tiada siapa perlu disinggung atau dinafikan kredit apabila mereka menyumbang. Di dalam masa yang sama, kita tidak patut menaikkan seseorang lebih dari yang sepatutnya dan mengharapkan sesuatu yang mereka tidak mampu untuk lakukan.


Di dalam era kelemahan dan kemunduran, adalah amat mudah untuk manusia mencapai apa sahaja yang dekat dan tercapai apabila mereka mendapati ia kukuh dan meletakkan semua harapan semata-mata padanya. Inilah sebab mengapa kita lihat kebanyakan orang yang baik menjauhkan diri daripada masyarakat dan memilih untuk mendiamkan diri, hanya kerana mereka tidak mampu menggalas beban-beban dan orang ramai meletakkan ke atas bahu mereka kerana kerja-kerja mereka untuk Islam. Mereka tidak dapat menanggung untuk diletakkan di tempat di mana mereka bertanggungjawab penuh di dalam segala-galanya.

 

Allah berfirman;

“tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” [Sūrah al-Tūr: 21]

 

“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,” [Sūrah al-Mudaththir: 38]

“hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang dia telah kerjakan (samada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.” [Sūrah al-Nahl: 111]

 

“Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).” [Sūrah al-Isrā’: 13]

Dari ayat manakah di dalam Al-Quran sesetengah manusia hari ini mendapat idea bahawa seseorang itu perlu menjadi segalanya? Dari mana mereka mendapat idea bahawa semua tanggungjawab perlu diletakkan ke atas bahu beberapa orang supaya orang-orang yang lain boleh dilapangkan daripada menggalas beban mereka?

 

Satu-satunya perbezaan antara orang yang menjalankan kerjanya dengan orang-orang yang lain adalah kita mempunyai seorang yang melakukan kerjanya dan di dalam masa yang sama orang lain gagal untuk melaksanakan kerja mereka. Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka yang melaksanakan tanggungjawab dan merahmati usaha-usaha mereka. Walaubagaimanapun, kebertanggungjawaban asas ke atas setiap kita adalah sama. Adalah besar kemungkinannya kita yang tidak menggerakkan diri mempunyai bakat semulajadi yang lebih besar dan personality yang lebih kuat berbanding mereka yang melakukannya. Mengapa kita harus melupakan dan memendam bakat-bakat dalam diri kita sendiri? Mengapa tidak kita yang menggalas apa yang orang lain telah biarkan atau telah gagal untuk melaksanakannya, dengan sepenuh daya yang mungkin?



Posted at 06:51 pm by perswis

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry