Oleh: Sheikh Salman al-Awdah
Artikel
Asal: Dialogue is a Religious Obligation
url:
http://www.islamtoday.com/showme_weekly_2005.cfm?cat_id=30&sub_cat_id=872
Sheikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di pernah dengan kerap
mengadakan kelas berkenaan dengan Undang-undang Islam. Di dalam sebahagian
kelasnya, beliau akan membahagikan kelas kepada dua bahagian dan mengarahkan
satu bahagian untuk memberi pandangan ilmiah tentang satu perkara berkenaan
undang-undang Islam. Kemudian beliau mengarahkan sebahagian yang lain untuk
membantah pandangan tersebut dengan pandangan yg ilmiah juga. Kemudian, beliau
akan menyatukan kedua-dua kumpulan tadi dan menyuruh mereka berbincang tentang
perkara tersebut. Dengan cara ini, beliau telah melatih para pelajarnya
bagaimana untuk terlibat di dalam perbincangan secara objektif dan bagaimana
untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain. Beliau hendak memberikan para
pelajarnya alat untuk dialog yang membina. Beliau menulis sebuah buku
merakamkan pengalaman-pengalaman ini bertajuk Debat di dalam Perundangan Islam.
Hari
ini, terdapat keperluan yang mendesak untuk mengajar manusia berkenaan dengan
etika dan adab di dalam perdebatan. Perkara pertama dan paling penting,
adab-adab tersebut adalah gambaran kepada nilai-nilai seseorang itu. Kemudian,
ia adalah penyerlahan sikap hormat seseorang itu kepada orang lain. Penglibatan
seseorang dengan dirinya sendiri adalah sangat penting. Dia mesti berupaya
untuk melihat kepada dirinya secara kritikal, menilai pandangan-pandangannya
sendiri, dan berusaha untuk menghalang dirinya daripada mengikut hawa nafsu.
Allah berfirman: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa
dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan
dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat
kediamannya. [Surah al-Nazi’at: 40-41]
Allah berfirman: Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul
Lawwaamah" [Surah al-Qiyamah: 2]
Seseorang yang mengenali diri dan mampu untuk mengarah dan
mengekangnya, ini adalah seorang yang berkemampuan untuk melakukan penilaian
terhadap diri sendiri dan mencapai kemajuan diri. Ini adalah ciri-ciri seorang yang beriman dan mendapat
petunjuk.
Oleh itu, tahap yang paling tinggi dan sangat penting di
dalam sesuatu dialog adalah dialog yang melibatkan seseorang itu dengan dirinya
sendiri. Saya percaya bahawa kebanyakan manusia tidak mempunyai kemampuan untuk
terlibat di dalam dialog dalaman seperti itu. Mereka tidak menyedari bahawa ia
adalah tahap yang sangat penting di dalam setiap dialog.
Manusia mesti belajar bagaimana untuk berkata-kata dan
terlibat di dalam perbincangan. Tidak ada kelebihannya untuk kita kekal dalam
keadaan senyap, seolah-olah kita sedang tidur di dalam kubur-kubur kita. Di
sana perlu adanya dialog dengan nada yang bersopan antara semua manusia –
antara golongan kanak-kanak dan dewasa, para suami dan isteri, dan pelbagai
lapisan masyarakat – di dalam semua perkara, tidak kira kecil atau besar.
Perbincangan terbuka adalah perlu dan elemen yang sangat
penting di dalam masyarakat masa kini. Masyarakat perlukan kepada penelitian
dan penyelesaian masalah-masalah di meja rundingan. Di sana terdapat keperluan
untuk dialog akademik terbuka di mana isu-isu boleh dibincangkan dalam keadaan
yang objektif dan bijak melangkaui kepentingan-kepentingan remeh individu. Di
sana juga terdapat keperluan untuk dialog politik secara terbuka dan aman.
Melalui dialog, sekurang-kurangnya keputusan yang hampir
dengan terbaik boleh dicapai. Dialog adalah kaedah perhubungan dunia hari ini
dan dapat dilihat di dalam media-media dan politik-politik global. Kita menemui
dialog-dialog merentasi budaya dan dialog antara peradaban. Terdapat dialog-dialog berlaku antara kumpulan-kumpulan
berdasarkan ideologi dan agama-agama. Persidangan2 dan Simposium2 telah diatur
semata-mata untuk tujuan ini, dengan para peserta datang untuk membincangkan
titik-titik persetujuan dan perbezaan. Dengan cara ini mereka menemui ruang
umum di mana mereka boleh gunakan sebagai asas untuk bekerjasama.
Di dalam dunia masyarakat Islam, kita menghadapi banyak
halangan untuk merealisasikan dialog yang efektif. Pertamanya kita menghadapi
masalah untuk mendengar. Ini adalah kes terutamanya kepada kita orang-orang
Arab, yang cenderung untuk bercakap daripada mendengar. Seorang daripada kita
akan berucap dan seorang yang lain tidak akan mendengar satu perkataan pun,
kerana dia terlalu sibuk menunggu masa untuk dia pula berucap. Kemudian kita
mempunyai masalah yang serius memahami satu sama lain. Oleh kerana ini, salah
seorang penyair kita menulis:
Saya kata “Amr”, jadi dia mendengar “Sa’d”
Kemudian dia menulis “Hamad” dan membacanya sebagai “Zayd”!
Kemudian kita menghadapai masalah di dalam melaporkan
maklumat dan di dalam memetik kata-kata orang lain, walaupun Allah telah
berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang kamu telah lakukan.” [Surah al-Hujurat: 6]
Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah seseorang itu dianggap
penipu apabila dia menyampaikan apa sahaja yang dia dengar.”
Kemudian terdapat masalah yang bersifat etika – seperti
fitnah, memutar belit fakta secara sengaja, pemalsuan, dan penipuan. Sesiapa
yang berhasrat untuk mengadakan dialog – samada ia melibatkan kepentingan
politik atau apa sahaja – menghadapi masalah rumit untuk menguruskan proses
dialog tersebut. Terdapat juga kesukaran yang berkaitan dengan prosedur dan
masalah yang berkaitan dengan keobjektivitian, sungguhpun orang yang terlibat
adalah orang2 Muslim yang jujur dan mereka yang mempunyai integriti, dan
sungguhpun apabila mereka di pihak yang benar. Sekiranya kita hendak memberikan
pendapat yang benar perhatian yang wajar, kita perlu diajar cara untuk
menyampaikannya dengan cara yang betul. Ini memerlukan pembangunan seseorang
yang berakal, petah, dan memiliki kemahiran-kemahiran penyampaian yang matang
dan mahir. Saya tidak dapat menyangkal betapa pentingnya dialog. Oleh kerana
itu, kita perlu menyediakan tenaga-tenaga yang mampu untuk terlibat di dalam
dialog. Tenaga-tenaga tersebut akan mempunyai pengetahuan yang diperlukan dan
kesedaran etika untuk menjadi efektif.
Penerimaan idea dialog adalah mengakui kewujudan dan sahnya
dari segi undang-undang tentang kepelbagaian pendapat. Ia juga bermaksud
mengakui bahawa terdapatnya perselisihan. Ia bukanlah pengakuan bahawa semua
pandangan-pandangan yang dikeluarkan adalah betul, hanya sahaja ia berhak untuk
dilihat dan dibincangkan.
Ramai manusia tidak memahami perkara ini,
terutamanya bila ia berkaitan dengan dialog antara agama. Mereka melihat dialog
antara agama hanya sebagai cubaan untuk membawa pelbagai sistem kepercayaan
berkumpul dengan wakil dari pelbagai agama mengorbankan beberapa aspek di dalam
agama mereka dengan tujuan untuk menyatukan agama-agama tersebut pada satu
kesefahaman pertengahan. Sebaliknya, dialog antara agama yang sebenar adalah
mencari titik keluar umum, supaya manusia dari agama yang berbeza boleh
bekerjasama di dalam bidang di mana mereka mempunyai kepentingan bersama. Sebagai
contohnya mereka boleh bekerjasama di dalam memerangi rasuah dan mempertahankan
hak-hak asasi manusia.
Kita tidak boleh mempunyai keraguan bahawa Islam
menggalakkan kerjasama dari segi ini, yang memperluaskan nilai-nilai Islam dan
kebajikan masyarakat Muslim. Rasulullah SAW telah bersabda tentang jenis
perjanjian-perjanjian rasmi dan persetujuan-persetujuan yang berlaku kepada
orang Arab sebelum Islam di mana mereka akan bekerjasama antara satu sama lain
di dalam kepentingan-kepentingan bersama. Baginda kemudian bersabda: “Jika aku
diajak untuk melakukan perkara yang sama semasa Islam, aku akan melakukannya.”
Dialog global ini adalah cara dunia berkomunikasi dan cara
kita sebagai masyarakat Muslim mesti berkomunikasi dengan dunia. Ia adalah
jalan untuk kita menunjukkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip agama kita kepada
dunia.
Ada di antara mereka yang menolak prinsip dialog merujuk
kepada beberapa ‘Ulama terdahulu dimana mereka melarang berbantahan dengan
orang-orang yang berada di dalam kesesatan. Saya berpendapat bahawa ini adalah
pendekatan beberapa ‘Ulama dan ia bersesuaian dengan zaman dan untuk keadaan-keadaan
tertentu yang mereka terlibat di dalamnya. Mereka berpandangan bahawa kebenaran
adalah jelas, kukuh, dan dapat dipastikan dengan mudah oleh semua manusia,
sedangkan dalam masa yang sama terdapat beberapa dakwaan yang pelik dan jelas
salahnya berlegar di dalam masyarakat. Mereka memutuskan bahawa sekiranya idea
pelik tersebut dibalahkan, ia akan membawa kepada perhatian yang tidak
diperlukan kepadanya.
Apa yang paling penting adalah adalah Quran dan Sunnah
menyeru kepada kepentingan dialog. Allah memberitahu kita berkaitan Yahudi dan
Kristian: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang
lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. [Surah al-Nahl:
125]
terjemahan oleh: Perswis