He [Allah] grants wisdom to whom He pleases; and he to whom wisdom is granted indeed receives a benefit overflowing. But none will grasp the Message except men of understanding. 2:269

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Wednesday, June 08, 2005
Al-Quran atau terjemahan Al-Quran dan Qiyas
Assalamualaikum,

Bolehkah kita mangambil satu ayat terjemahan/ tafsir Al-Quran dan mengatakannya Al-Quran? Apakah yang dinamakan Al-Quran?

Persoalan ini dijawab secara tak langsung di sini.

Apa pula yang dinamakan Qiyas iaitu salah satu method untuk merumus hukum fiqh di dalam Islam? Apakah persyaratannya? Apakah batasannya?

Sila rujuk artikel ini.

Semoga bermanfaat.

Wassalam

Posted at 12:14 pm by perswis
Comments (2)  

 
Monday, May 09, 2005
PIRAMID MAKANAN
Tahukah saudara/i sekalian bahawa piramid makanan yang biasa kita ketahui telah diubahsuai?


Posted at 04:31 pm by perswis
Make a comment  

 
Friday, May 06, 2005
HAKIKAT ISLAM

[Al-Maidah:48] Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat (Shir’a) dan jalan agama (Minhaaj ) … (Al-Maidah: 48)

 

[Al-Jaathiyah: 18-19] Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah) dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertakwa (yang engkaulah pemimpinnya).

 

Minhaaj bermaksud Jalan agama, Firman Allah:

 

[Al-Jinn: 16-17] Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka. (Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam) dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.

 

Shariah diibaratkan sebagai tebing bagi sebuah sungai, manakala Minhaaj diibaratkan sebagai haluan airnya. Matlamat yang ingin dicapai adalah Hakikat Ad-din al Islam, iaitu menyembah/ mengabdikan diri kepada Allah semata-mata tanpa sebarang sekutu. Inilah HAKIKAT ISLAM dan tiada hakikat lain selain dari itu.

 

Dipetik dan diterjemah daripada THE CRITERION BETWEEN THE ALLIES OF THE MERCIFUL AND THE ALLIES OF THE DEVIL. (Perbezaan antara Wali Allah dan Wali Iblis). Karya Syiekh al Islam, Ibn Taymiyyah.


Posted at 01:50 pm by perswis
Comments (1)  

 
Tuesday, April 19, 2005
Bahan Bacaan
The Sunnah: A Source of Civilization oleh Prof Yusuf Al-Qaradawi

Sumber rujukan bahan bacaan dari para ulamak: http://www.ymofmd.com/books/

Semoga bermanfaat.
 

Posted at 05:24 pm by perswis
Make a comment  

 
Monday, April 18, 2005
Pelajaran Paling Penting

Apakah pelajaran paling penting yang kita perolehi daripada pengalaman di Universiti?

Posted at 12:59 pm by perswis
Make a comment  

 
Tuesday, April 12, 2005
Kemaafan 2

Kemaafan itu bukan hanya dibibir dan dihati, malah keseluruhan terhadap diri yang dipanggil manusia.

*******

Seorang pemuda putus cinta dengan seorang pemudi atas kesilapan sesama sendiri.

Mereka berbisik di dalam hati mereka: "Aku maafkan dia dan aku maafkan diri aku sendiri"

Suatu malam yang indah, mereka bertemu kembali dengan keadaan yang berbeza. Pemuda itu dengan seorang pemudi yang lain dan pemudi itu dengan seorang pemuda yang lain.

Pemudi tersebut berwajah kusut dan pemuda tersebut buat tidak tahu.

Beberapa hari kemudian mereka bertukar-tukar teguran, melalui sms:

S: "Kau tak tegur aku",
J: "muka kau semacam jer"

Walaupun alasan tersebut sesuai dengan keadaan, tetapi mereka sedar bahawa dalam beberapa segi mereka tidak jujur; kepada sesama dan kpd diri sendiri.

Si pemuda mengakui dalam hati: "pada masa tu, aku ego, dan aku nak tunjukkan bahawa kau bukan segala2nya."

Si pemudi berbisik sendiri: "Aku berasa serba salah, aku pernah menyakiti dia, apa perlu aku lakukan?"

Beberapa hari kemudian, salah seorang dari mereka berfikir:

S: "Benarkah aku telah memaafkan dia? Benarkah aku telah memaafkan diri aku sendiri?

J: "Bibir aku mengatakan benar, aku sudah memaafkan. Tapi perlakuan aku menunjukkan sebaliknya". Masih ada perasaan tidak puas hati, marah dan keliru tersisa di sana sini yang boleh menimbulkan dendam."

S: Adakah itu maaf namanya?

J: Tidak. Tidak dalam konteks dan tuntutan maaf yang sebenarnya dalam Islam.

Dan pada hari itu salah seorang dari mereka berbisik:

"Kemaafan itu tak semudah yang disangka. Ia adalah permulaan kepada satu perjalanan yang panjang ..." 

Posted at 03:28 pm by perswis
Comments (1)  

 
Monday, April 11, 2005
KEMAAFAN
Hari ini aku mengerti bahawa sesetengah pernyataan "Aku maafkan ... " itu adalah sebenarnya permulaan bagi satu perjalanan yang panjang.
 

Posted at 03:12 pm by perswis
Make a comment  

Previous Page Next Page