|
Artikel asal: FOR THE SAKE OF CALLING TO ISLAM
Ummah Muslim adalah sangat penting, mengambil berat
dan membuahkan hasil. Ia masih mempunyai kesegaran dan mengekalkan
kesegarannya. Dengan pertolongan Allah, ia berupaya mengatasi
kekurangan-kekurangan yang melandanya setiap masa. Negara bangun dan jatuh. Personaliti
datang dan pergi. Kerja-kerja, perancangan-perancangan dan
projek-projek yang baik menjadi debu. Meskipun demikian, Ummah Muslim masih ada. Takdir Islam tidak terpisah
daripada takdir ummah muslim. Ia tidak terikat kepada takdir
mana-mana individu, kumpulan, organisasi, atau Negara. Islam adalah lebih besar daripada semua itu. Adalah menjadi satu
kesilapan untuk mengikat masa depan Islam atau kerja-kerja berunsurkan Islam
kepada nasib sesuatu kumpulan atau lainnya. Begitu juga adalah menjadi kesilapan
untuk menganggap bahawa masa depan Islam terletak pada sumbangan-sumbangan
individu tertentu atau penerusan beberapa aktiviti yang dipercayai sebagai
bermanfaat dan produktif.
Semestinya
kita berasa sedih apabila pintu kesempatan tertutup. Sungguhpun demikian, adalah salah
untuk kita berfikir bahawa masa depan gerakerja Islam bergantung semata-mata
kepadanya. Tiada siapa boleh dipersalahkan apabila terpengaruh dengan sekatan
kebebasan menyatakan pendapat dan kekurangan seruan yang baik. Namun demikian,
kita bersalah apabila mula memikirkan bahawa masa depan gerakerja Islam akan musnah
dan cara-cara untuk meneruskannya akan hilang.
Allah berfirman; tiap-tiap
seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. [Sūrah
al-Tūr: 21] Tiap-tiap diri terikat, tidak
terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, [Sūrah al-Mudaththir: 38] hari tiap-tiap diri datang membela
dirinya semata-mata dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang dia telah
kerjakan (samada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit
pun. [Sūrah al-Nahl: 111] Dan tiap-tiap seorang manusia Kami
kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan
keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka
(untuk di tatapnya). [Sūrah al-Isrā:
13] Dari ayat manakah di
dalam Al-Quran sesetengah manusia hari ini mendapat idea bahawa seseorang itu
perlu menjadi segalanya? Dari mana mereka mendapat idea bahawa semua
tanggungjawab perlu diletakkan ke atas bahu beberapa orang supaya orang-orang
yang lain boleh dilapangkan daripada menggalas beban mereka? Satu-satunya
perbezaan antara orang yang menjalankan kerjanya dengan orang-orang yang lain
adalah kita mempunyai seorang yang melakukan kerjanya dan di dalam masa yang
sama orang lain gagal untuk melaksanakan kerja mereka. Semoga Allah memberi
ganjaran kepada mereka yang melaksanakan tanggungjawab dan merahmati
usaha-usaha mereka. Walaubagaimanapun, kebertanggungjawaban asas ke atas setiap
kita adalah sama. Adalah besar kemungkinannya kita yang tidak menggerakkan diri
mempunyai bakat semulajadi yang lebih besar dan personality yang lebih kuat
berbanding mereka yang melakukannya. Mengapa kita harus melupakan dan memendam bakat-bakat dalam diri kita
sendiri? Mengapa tidak kita yang menggalas apa yang orang lain telah biarkan
atau telah gagal untuk melaksanakannya, dengan sepenuh daya yang mungkin? |
| Leave a Comment: |