Entry: Dialog Adalah Tuntutan Agama Monday, March 19, 2007



Oleh: Sheikh Salman al-Awdah

Artikel Asal: Dialogue is a Religious Obligation
url: http://www.islamtoday.com/showme_weekly_2005.cfm?cat_id=30&sub_cat_id=872


Sheikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di pernah dengan kerap mengadakan kelas berkenaan dengan Undang-undang Islam. Di dalam sebahagian kelasnya, beliau akan membahagikan kelas kepada dua bahagian dan mengarahkan satu bahagian untuk memberi pandangan ilmiah tentang satu perkara berkenaan undang-undang Islam. Kemudian beliau mengarahkan sebahagian yang lain untuk membantah pandangan tersebut dengan pandangan yg ilmiah juga. Kemudian, beliau akan menyatukan kedua-dua kumpulan tadi dan menyuruh mereka berbincang tentang perkara tersebut. Dengan cara ini, beliau telah melatih para pelajarnya bagaimana untuk terlibat di dalam perbincangan secara objektif dan bagaimana untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain. Beliau hendak memberikan para pelajarnya alat untuk dialog yang membina. Beliau menulis sebuah buku merakamkan pengalaman-pengalaman ini bertajuk Debat di dalam Perundangan Islam.


Hari ini, terdapat keperluan yang mendesak untuk mengajar manusia berkenaan dengan etika dan adab di dalam perdebatan. Perkara pertama dan paling penting, adab-adab tersebut adalah gambaran kepada nilai-nilai seseorang itu. Kemudian, ia adalah penyerlahan sikap hormat seseorang itu kepada orang lain. Penglibatan seseorang dengan dirinya sendiri adalah sangat penting. Dia mesti berupaya untuk melihat kepada dirinya secara kritikal, menilai pandangan-pandangannya sendiri, dan berusaha untuk menghalang dirinya daripada mengikut hawa nafsu.

Allah berfirman: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. [Surah al-Nazi’at: 40-41]

Allah berfirman: Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" [Surah al-Qiyamah: 2]

Seseorang yang mengenali diri dan mampu untuk mengarah dan mengekangnya, ini adalah seorang yang berkemampuan untuk melakukan penilaian terhadap diri sendiri dan mencapai kemajuan diri.
Ini adalah ciri-ciri seorang yang beriman dan mendapat petunjuk.

Oleh itu, tahap yang paling tinggi dan sangat penting di dalam sesuatu dialog adalah dialog yang melibatkan seseorang itu dengan dirinya sendiri. Saya percaya bahawa kebanyakan manusia tidak mempunyai kemampuan untuk terlibat di dalam dialog dalaman seperti itu. Mereka tidak menyedari bahawa ia adalah tahap yang sangat penting di dalam setiap dialog.
Manusia mesti belajar bagaimana untuk berkata-kata dan terlibat di dalam perbincangan. Tidak ada kelebihannya untuk kita kekal dalam keadaan senyap, seolah-olah kita sedang tidur di dalam kubur-kubur kita. Di sana perlu adanya dialog dengan nada yang bersopan antara semua manusia – antara golongan kanak-kanak dan dewasa, para suami dan isteri, dan pelbagai lapisan masyarakat – di dalam semua perkara, tidak kira kecil atau besar.

Perbincangan terbuka adalah perlu dan elemen yang sangat penting di dalam masyarakat masa kini. Masyarakat perlukan kepada penelitian dan penyelesaian masalah-masalah di meja rundingan. Di sana terdapat keperluan untuk dialog akademik terbuka di mana isu-isu boleh dibincangkan dalam keadaan yang objektif dan bijak melangkaui kepentingan-kepentingan remeh individu. Di sana juga terdapat keperluan untuk dialog politik secara terbuka dan aman.

Melalui dialog, sekurang-kurangnya keputusan yang hampir dengan terbaik boleh dicapai. Dialog adalah kaedah perhubungan dunia hari ini dan dapat dilihat di dalam media-media dan politik-politik global. Kita menemui dialog-dialog merentasi budaya dan dialog antara peradaban.
Terdapat dialog-dialog berlaku antara kumpulan-kumpulan berdasarkan ideologi dan agama-agama. Persidangan2 dan Simposium2 telah diatur semata-mata untuk tujuan ini, dengan para peserta datang untuk membincangkan titik-titik persetujuan dan perbezaan. Dengan cara ini mereka menemui ruang umum di mana mereka boleh gunakan sebagai asas untuk bekerjasama.

Di dalam dunia masyarakat Islam, kita menghadapi banyak halangan untuk merealisasikan dialog yang efektif. Pertamanya kita menghadapi masalah untuk mendengar. Ini adalah kes terutamanya kepada kita orang-orang Arab, yang cenderung untuk bercakap daripada mendengar. Seorang daripada kita akan berucap dan seorang yang lain tidak akan mendengar satu perkataan pun, kerana dia terlalu sibuk menunggu masa untuk dia pula berucap. Kemudian kita mempunyai masalah yang serius memahami satu sama lain. Oleh kerana ini, salah seorang penyair kita menulis:

Saya kata “Amr”, jadi dia mendengar “Sa’d”
Kemudian dia menulis “Hamad” dan membacanya sebagai “Zayd”!


Kemudian kita menghadapai masalah di dalam melaporkan maklumat dan di dalam memetik kata-kata orang lain, walaupun Allah telah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Surah al-Hujurat: 6]

Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah seseorang itu dianggap penipu apabila dia menyampaikan apa sahaja yang dia dengar.

Kemudian terdapat masalah yang bersifat etika – seperti fitnah, memutar belit fakta secara sengaja, pemalsuan, dan penipuan. Sesiapa yang berhasrat untuk mengadakan dialog – samada ia melibatkan kepentingan politik atau apa sahaja – menghadapi masalah rumit untuk menguruskan proses dialog tersebut. Terdapat juga kesukaran yang berkaitan dengan prosedur dan masalah yang berkaitan dengan keobjektivitian, sungguhpun orang yang terlibat adalah orang2 Muslim yang jujur dan mereka yang mempunyai integriti, dan sungguhpun apabila mereka di pihak yang benar. Sekiranya kita hendak memberikan pendapat yang benar perhatian yang wajar, kita perlu diajar cara untuk menyampaikannya dengan cara yang betul. Ini memerlukan pembangunan seseorang yang berakal, petah, dan memiliki kemahiran-kemahiran penyampaian yang matang dan mahir. Saya tidak dapat menyangkal betapa pentingnya dialog. Oleh kerana itu, kita perlu menyediakan tenaga-tenaga yang mampu untuk terlibat di dalam dialog. Tenaga-tenaga tersebut akan mempunyai pengetahuan yang diperlukan dan kesedaran etika untuk menjadi efektif.

Penerimaan idea dialog adalah mengakui kewujudan dan sahnya dari segi undang-undang tentang kepelbagaian pendapat. Ia juga bermaksud mengakui bahawa terdapatnya perselisihan. Ia bukanlah pengakuan bahawa semua pandangan-pandangan yang dikeluarkan adalah betul, hanya sahaja ia berhak untuk dilihat dan dibincangkan.

Ramai manusia tidak memahami perkara ini, terutamanya bila ia berkaitan dengan dialog antara agama. Mereka melihat dialog antara agama hanya sebagai cubaan untuk membawa pelbagai sistem kepercayaan berkumpul dengan wakil dari pelbagai agama mengorbankan beberapa aspek di dalam agama mereka dengan tujuan untuk menyatukan agama-agama tersebut pada satu kesefahaman pertengahan. Sebaliknya, dialog antara agama yang sebenar adalah mencari titik keluar umum, supaya manusia dari agama yang berbeza boleh bekerjasama di dalam bidang di mana mereka mempunyai kepentingan bersama. Sebagai contohnya mereka boleh bekerjasama di dalam memerangi rasuah dan mempertahankan hak-hak asasi manusia.

Kita tidak boleh mempunyai keraguan bahawa Islam menggalakkan kerjasama dari segi ini, yang memperluaskan nilai-nilai Islam dan kebajikan masyarakat Muslim. Rasulullah SAW telah bersabda tentang jenis perjanjian-perjanjian rasmi dan persetujuan-persetujuan yang berlaku kepada orang Arab sebelum Islam di mana mereka akan bekerjasama antara satu sama lain di dalam kepentingan-kepentingan bersama. Baginda kemudian bersabda: “Jika aku diajak untuk melakukan perkara yang sama semasa Islam, aku akan melakukannya.”

Dialog global ini adalah cara dunia berkomunikasi dan cara kita sebagai masyarakat Muslim mesti berkomunikasi dengan dunia. Ia adalah jalan untuk kita menunjukkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip agama kita kepada dunia.

Ada di antara mereka yang menolak prinsip dialog merujuk kepada beberapa ‘Ulama terdahulu dimana mereka melarang berbantahan dengan orang-orang yang berada di dalam kesesatan. Saya berpendapat bahawa ini adalah pendekatan beberapa ‘Ulama dan ia bersesuaian dengan zaman dan untuk keadaan-keadaan tertentu yang mereka terlibat di dalamnya. Mereka berpandangan bahawa kebenaran adalah jelas, kukuh, dan dapat dipastikan dengan mudah oleh semua manusia, sedangkan dalam masa yang sama terdapat beberapa dakwaan yang pelik dan jelas salahnya berlegar di dalam masyarakat. Mereka memutuskan bahawa sekiranya idea pelik tersebut dibalahkan, ia akan membawa kepada perhatian yang tidak diperlukan kepadanya.

Apa yang paling penting adalah adalah Quran dan Sunnah menyeru kepada kepentingan dialog. Allah memberitahu kita berkaitan Yahudi dan Kristian: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
[Surah al-Nahl: 125]

terjemahan oleh: Perswis

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments